Zikir.

KESAN ZIKIR PADA OTAK

1) Otak hanyalah aktiviti-aktiviti bio-elektrik yang melibatkan sekumpulan saraf yang dipetanggungjawabkan untuk melakukan tugas-tugas tertentu bagi membolehkan ia berfungsi dengan sempurna.

Kesan Zikir Terhadap Otak Manusia

2) Setiap hari 14 juta saraf yang membentuk otak ini berinteraksi dengan 16 juta saraf tubuh yang lain. Semua aktiviti yang ita lakukan dan kefahaman atau ilmu yang kita perolehi adalah natijah daripada aliran interaksi bio-elektrik yang tidak terbatas.

3) Oleh itu, apabila seseorang itu berzikir dengan mengulangi kalimah-kalimah Allah seperti subhanallah, beberapa kawasan otak yang terlibat menjadi aktif. Ini menyebabkan berlakunya aliran bio-elektrik di kawasan-kawasan saraf otak tersebut.

4) Apabila zikir itu berulang-ulang kali, aktiviti saraf menjadi bertambah aktif dan turut menambah tenaga bio-elektrik. Lama-kelamaan kumpulan saraf yang sangat aktif ini mempengaruhi kumpulan saraf yang lain untuk turut sama aktif.

5) Dengan itu otak menjadi aktif secara kesluruhan. Otak mula memahami perkara baru, melihat dari perspektif berbeza dan semakin kreatif dan kritis, sedangkan sebelum berzikir ianya tidak jadi begini. Otak yang segar dan cergas secara tidak langsung mempengaruhi hati untuk melakukan kebaikan dan menerima kebenaran.

6) Hasil kajian makmal yang dilakukan terhadap subjek ini dimuatkan dalam majalah Scientific American, keluaran Disember, 1993. Satu kajian yang dilakukan di Universiti Washington di mana ujian ini dilakukan melalui ujian imbasan PET yang mengukur kadar aktiviti otak manusia secara tidak sedar.

7) Dalam kajian ini, sukarelawan diberikan satu senarai benda. Mereka dikehendaki membaca perkataan tersebut satu-persatu dan mengaitkan perkataan dengan katakerja yang berkaitan.

8) Apabila sukarelawan melakukan tugasan mereka, beberapa bahagian berbeza otak menunjukkan peningkatan akitiviti saraf termasuk di bahagian depan otak dan korteks.

9) Menariknya, apabila sukarelawan mengulangi senarai perkataan yang sama berulang-ulang kali, aktiviti saraf otak merebak kepada kawasan lain dan mengaktifkan kawasan saraf lain.

10) Apabila senarai perkataan baru diberikan kepada mereka, aktiviti saraf kembali meningkat di kawasan pertama. Ini sekaligus membuktikan secara saintifik bahawa perkataan yang diulang-ulang seperti perbuatan zikir terbukti meningkatkan kecerdasan otak dan menambah kemampuannya.

11) Oleh itu, saudara-saudara seIslam, ketika saintis barat baru menemui mukjizat ini, kita umat Islam iaitu umat terpilih ini telah lama mengamalkannya dan menerima manfaatnya. Malang bagi mereka yang masih memandang remeh tentang kepentingan berzikir dan secara nyata mengabaikannya.

Wallahu’aklam.

Syurga.

اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

10 GOLONGAN UMAT NABI MUHAMMAD SAW. TIDAK AKAN MASUK SURGA

“Ada 10 golongan dari umatku tidak akan masuk surga”

Begitu mula mula Ibnu Abbas RA meriwayatkan sebuah hadist baginda nabi.

“Siapa mereka ya Rasulullah?”

  1. Al Qalla,
  2. Al Jayyuf,
  3. Al Qattaf,
  4. Ad Daibub,
  5. Ad Dayyuts,
  6. Shahibul ‘Athabah,
  7. Shahibul Kubah,
  8. Al ‘Utul,
  9. Az Zanim, dan
  10. Al aq liwalidaith.

“Terangkanlah siapa saja mereka itu?”

Beliau menjawab.

AL QALLA, adalah manusia penjilat, mencari muka pada penguasa.

AL JAYYUF, adalah pencuri kain kafan kuburan.

AL QATTAR, adalah para pengadu “domba”.

AL DAIBUB, adalah mucikari penjual perempuan sebagai pelacur.

AD DAYYUTS, adalah orang yang tidak cemburu melihat istri dan anak gadisnya bergaul dengan laki laki lain.

SHAHIBUL “ATHABAH, adalah para penabuh gendang besar.

SHAHIBUL KUBAH, adalah para penabuh gendang kecil.

AL ‘UTUL, adalah Orang sombong yang tidak mau memberi maaf saudaranya yg meminta maaf.

AZ ZANIM, adalah para pengunjing orang yg suka duduk duduk di pinggir jalan.

AL ‘AQ LIWALIDAITH, adalah pendurhaka pada orang tuanya.

Muadz RA lantas bertanya,

“Terangkan pada kami apa maksud dari ayat; “Pada hari ketika sangkakala ditiup, lalu kamu datang berbondong bondong” (QS. An Naba (78) : 18)

“Kau menanyakan perkara besar wahai sahabatku Muadz…”

“…kelak ummatku akan dikumpulkan terpisah 10 golongan. Mereka menampakan rupa sesuai amal perbuatannya di dunia. Ada yang bewujud…:”

  1. KERA, mereka para pengadu domba manusia.
  2. BABI, pemakan barang haram dan mencari rizki dengan cara haram.
  3. Ada yang berjalan dengan KAKI DIATAS dengan MUKA terseret dibawah, merekalah pemakan RIBA.
  4. BUTA dan BINGUNG, mereka manusia zalim dalam memutus hukum.
  5. TULI, BISU dan GILA, mereka orang yg bangga dengan amal perbuatannya.
  6. Ada yg lidahnya terjulur dan dikunyahnya sendiri hingga darah nanah mengalir dari mulutnya, merekalah para ALIM ULAMA yg perbuatannya bertolak belakang dengan ucapannya.
  7. Ada yg tangan kakinya buntung, mereka orang yg suka menyakiti tetangganya.
  8. Ada yg tersalip lempengan besi membara, merekalah orang yg suka melaporkan orang lain pada penguasa atas laporan palsu (kriminalisasi)
  9. Ada yg tubuhnya busuk, orang yang tenggelam dengan syahwat mereka.
  10. Ada yg berselimut aspal mendidih, merekalah orang sombong nan angkuh.

(HR. Al Qurthubi dalam Nashaihul ‘Ibad Syaikh Nawawi).


Mudah-mudahan kita bukan termasuk dalam golongan yg digambarkan baginda nabi SAW itu. Dan senantiasa berdoa agar tidak terjebak masuk dalam kubangan dan lingkungan ahli maksiat yg menjerumuskan.

“Allahumma akrim hajihil ummatul muhammadiyah bi jamiyli ‘awaidika fiddarini ikromaa liman ja’altaha min ummatihi sollallahu ‘alayhi wassalam”

“Ya Allah, muliakanlah umat Muhammad ini dengan indahnya pahala-Mu, baik di dunia maupun di akhirat, sebagai bentuk kemurahan-Mu bagi orang yang telah Engkau jadikan dia sebagai bagian dari umatnya”

Aamiin Allahumma, Aamiin….